Pope Emeritus Benedict XVI Meninggal Dunia Pada Usia 95

31 Dec 2022 • 7:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pope Emeritus Benedict XVI meninggal dunia pada usia 95

ROME, 31 Dis (Bernama) — Pope Emeritus Benedict XVI, meninggal dunia pada usia 95 tahun, umum Vatican.

“Dengan rasa dukacita, saya mengumumkan bahawa Benedict XVI, paus emeritus, meninggal dunia pada 9.34 pagi Sabtu di biara Mater Ecclesiae di Vatican,” Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik kenyataan jurucakap Vatican, Matteo Bruni.

Vatican hanya mendedahkan bahawa kesihatannya semakin teruk akibat faktor usianya.

Benedict meletak jawatan pada 28 Feb 2013, paus pertama yang mengambil tindakan sedemikian sejak beberapa abad, mewajarkan tindakannya itu dengan usia dan kesihatannya yang semakin merosot.

Peletakan jawatannya membuka jalan untuk pemilihan pengganti dari Argentina.

Sumber: BERNAMA