Pope selar tindakan bakar Al-Quran di Sweden

4 Jul 2023 • 11:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ROME: Tindakan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran, di Stockholm minggu lepas mencetuskan kemarahan dan kebencian Pope Francis dan dalam masa yang sama beliau mengutuk dan menolak perbuatan itu sebagai satu bentuk kebebasan bersuara.

“Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin.

Pope Francis menyuarakan rasa marah dan meluat dengan tindakan pembakaran Al-Quran di Stockholm, Sweden minggu lalu.

“Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk“, katanya.

image is not available
Kredit foto doamuslims

Pada 28 Jun, seorang warga Sweden yang berasal dari Iraq dilaporkan mengoyakkan senaskah Al-Quran sebelum membakarnya di hadapan masjid Stockholm semasa demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.

Insiden itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha.