Populasi Hidupan Liar Seluruh Dunia Dilapor Turun Hampir 70% Dalam Tempoh Kurang 50 Tahun

Environment
15 Oct 2022 • 12:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Purata populasi hidupan liar di bumi telah menurun sebanyak 69% dalam masa kurang dari 50 tahun menurut penilaian saintifik. Salah satu puncanya adalah aktiviti manusia terus menerus meneroka hutan pada skala perindustrian yang melebihi had sepatutnya hingga mencemarkan alam.

Menurut WWF dan Persatuan Zoologi London (ZSL), dari lautan hingga ke hutan hujan tropika, kumpulan burung, ikan, amfibia dan reptilia berada dalam ancaman apabila bacaan purata berkurang lebih daripada dua pertiga antara tahun 1970 hingga 2018.

Dua tahun yang lalu, angka tersebut berada pada tahap 68% dan empat tahun yang lalu ia menurun kepada 60%. Ramai saintis percaya bahawa kita sedang berada di fasa kepupusan haiwan besar-besaran di bumi sejak zaman dinosaur semuanya berpunca dari manusia sendiri.

Oleh itu, para saintis menggesa pemimpin dunia untuk mencapai persetujuan mengurangkan kadar pelepasan karbon untuk mengehadkan pemanasan global yang sedang berlaku sebagai satu inisiatif menghalang kemusnahan alam semula jadi yang dilihat semakin berleluasa.

Indeks Planet Hidup telah menggabungkan analisis 32,000 populasi kepada 5,230 spesies haiwan untuk mengukur perubahan hidupan liar merentasi benua dan taksa hingga menghasilkan graf yang sama dengan kehidupan di Bumi.

Amerika Latin dan rantau Caribbean termasuk Amazon telah memperlihatkan penurunan ketara dalam purata saiz populasi hidupan liar dimana ia mencatatkan 94% dalam masa 48 tahun.

Ketua eksekutif di WWF-UK, Tanya Steele berkata, ia merupakan laporan kemerosotan paling teruk pernah berlaku di rantau Amerika Latin, hutan hujan terbesar di dunia, Amazon.

Kadar penebangan hutan di sana berlaku dengan sangat pesat sehingga melenyapkan ekosistem bukan sahaja tumbuh-tumbuhan, malah hidupan liar juga hilang tempat berlindung dari perubahan iklim yang sedang melanda dunia ketika ini.

Memetik The Guardian, Afrika merupakan kawasan kedua terbesar yang kehilangan 66% habitat semula jadi diikuti dengan Asia dan Pasifik 55% serta Amerika 20%. Secara keseluruhan, jumlah tersebut sama dengan populasi manusia di Eropah, Afrika, Oceania dan China.

Sumber: The Guardian