Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

LocalCars
29 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya. Majlis pelancaran yang diadakan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) diserikan dengan kehadiran duta jenama Porsche, Jörg Bergmeister.

image is not availableimage is not available

911 GT3 (kiri) dan 911 GT3 dengan Touring Package (kanan)

GT3 dibangunkan berasaskan model Porsche 911 generasi kelapan (992.2) yang telah dikemaskini, khas untuk menyerlahkan prestasi terbaik di litar dengan badan yang ringan. Sementara itu, Touring Package pula dioptimumkan untuk penggunaan di jalan raya dengan rekaan yang lebih sederhana tanpa spoiler besar di bahagian belakang.

image is not availableimage is not available

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin ‘Boxer’ enam silinder 4.0 liter yang disambungkan di belakang. Enjin aspirasi natural ini mampu menghamburkan kuasa 510 PS dan tork 540 Nm pada rev sehingga 9,000 RPM. Pilihan transmisi automatik dua klac tujuh kelajuan atau manual enam kelajuan ditawarkan dengan nisbah pemanduan akhir yang lebih singkat sebanyak 8%.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Porsche 911 GT3 2025

Dari segi visual, lampu depan Matrix LED telah diberikan rekaan semula, komponen ambilan udara telah diperbesarkan dan diffuser belakang pula dikemaskini. Sistem suspensi juga diperbaik untuk mengurangkan kesan hentakan ketika memandu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

911 GT3 dengan Touring Package

Rim aluminium ringan bersaiz 20 inci di depan dan 21 inci di belakang dipadankan bersama tayar sport baharu yang meningkatkan cengkaman di permukaan basah.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Porsche menyediakan pakej aksesori dan kemasan khas untuk kabin 911 GT3 dan 911 GT3 Touring Package

Dalam kabin, GT3 kini menggantikan butang kawalan jenis tekan (push) kepada tombol putar atau rotary yang lebih klasik sebagai penghidup enjin. Pilihan tempat duduk jenis sport bucket dengan CFRP dan bar keselamatan khas (roll-over bar) untuk litar turut ditawarkan.

Model GT3 turut didatangkan dengan paparan instrumen digital eksklusif untuk mod ‘Track Screen’ yang hanya memaparkan data penting seperti tayar, minyak dan bahan bakar. Selain itu, ia turut memberikan panduan masa penukaran gear.

Porsche turut menawarkan beberapa pakej unik seperti Weissach dan Clubsport untuk GT3 serta Leichtbau untuk versi Touring.

image is not availableimage is not available

Turut termasuk dalam pakej yang ditawarkan ialah rim magnesium, bateri litium, sangkar keselamatan, tali pinggang keselamatan enam titik, pemadam api dan banyak lagi.

image is not available

Jam tangan kronograf rekaan Porsche Design khusus untuk pemilik GT3 juga turut ditawarkan.

Kedua-dua versi, 2025 Porsche 911 GT3 dan GT3 Touring Package kini ditawarkan pada harga asas RM2,290,000 tanpa pilihan tambahan. Tempahan boleh dibuat di semua pusat jualan Porsche di seluruh negara seperti Ara Damansara, Sungai Besi, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

View Original Article