Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

LocalCars
15 Dec 2025 • 9:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Porsche 911 Turbo S dan BMW 420i M antara lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1 juta disita gara-gara disorok dalam sebuah gudang di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Kereta mewah itu disita kerana tidak membayar duti dan cukai.

Serbuan dilakukan pada 17 hingga 27 Oktober lalu termasuk di Zon Bebas Cukai dengan nilai keseluruhan kenderaan disita dianggarkan RM475,383.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, siasatan mendapati tiga buah kenderaan berpetrol terpakai itu melebihi tempoh penyimpanan selama tiga bulan yang dibenarkan dalam gudang berlesen.

Katanya, ia termasuklah Toyota Granace, Porsche 911 turbo S dan BMW 420i M Sport Auto dengan jumlah duti cukai gagal dibayar pemilik gudang itu.

image is not available

“Turut disita dua buah kenderaan elektrik jenama Dongfeng Forthing dipercayai tidak mempunyai permit import walaupun diikrarkan melalui borang zon bebas. Lima kenderaan itu dipercayai dibawa masuk dari Jepun, Eropah dan China,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini hari ini.

Jelasnya, duti bagi lima kenderaan itu adalah sebanyak RM541,246 dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) dan (d) Akta Kastam 1967