Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

TechnologyCars
7 Jul 2025 • 4:40 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Porsche kini sedang giat membangunkan SUV elektrik terbaru, Porsche Cayenne Electric. Menjelang pelancaran rasminya, prototaip yang masih dibaluti pelekat samaran itu berjaya mencatat rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

image is not availableimage is not available

Gabriela Jílkove, pemandu pembangunan dan simulator bagi pasukan Formula E TAG Heuer Porsche, memandu prototaip ini bagi menakluki bukit berkepanjangan 914 meter dengan cerun berkecuraman 16.7%. Perjalanan penuh mencabar ini berjaya ditempuhi Cayenne Electric dengan masa catatan sepantas 31.28 saat, mengatasi rekod SUV terdahulu yang lebih empat saat.

image is not available

Selain memecah rekod keseluruhan, prototaip ini juga mencatat masa terpantas untuk mencapai titik pengukuran pertama pada jarak 18.3 meter dari garisan permulaan, hanya dalam 1.94 saat. Rekod ini sebelum ini dipegang oleh kereta lumba satu tempat duduk dengan tayar khas perlumbaan (slick tyres), sekali gus menjadikan pencapaian Cayenne Electric lebih mengagumkan.

Kemampuan Menarik Beban Yang Tinggi

image is not availableimage is not available

Porsche turut mendedahkan maklumat tambahan mengenai Cayenne Electric, antaranya kemampuan menarik beban sehingga 3.5 tan. Untuk membuktikan keupayaan ini, bekas hos Top Gear, Richard Hammond, menggunakan prototaip tersebut untuk menarik sebuah kereta klasik seberat lebih dua tan dari bengkel ke garajnya.

Sistem Suspensi Aktif Tercanggih Porsche

Sama seperti Cayenne versi enjin pembakaran dalaman (ICE) yang kini di pasaran, Cayenne Electric juga akan menggunakan sistem casis aktif Porsche Active Ride. Teknologi ini memastikan badan SUV yang berat kekal stabil sepanjang masa, memberikan keselesaan dan kawalan optimum.

image is not availableimage is not available

Model ini dibangunkan di atas platform Premium Platform Electric (PPE) dengan sistem elektrik 800 volt yang sama seperti Macan Electric. Walaupun spesifikasi bateri dan kuasa motor belum didedahkan, Porsche memberi jaminan ia akan lebih berkuasa daripada model Cayenne ICE tertinggi yang sedia ada. Ini bermakna kita boleh menjangkakan sebuah jentera dengan prestasi yang mampu menyaingi supercar.

Model Cayenne ICE Kekal Dijual Bersama Model Elektrik

image is not availableimage is not available

Walaupun Cayenne Electric akan tiba sebagai Cayenne generasi keempat, buat masa ini, Porsche dijangka akan terus menjual model Cayenne ICE generasi ketiga bersama-sama dengan versi elektrik sebaik ia dilancarkan kelak.

View Original Article