Porsche Design Honor Magic7 RSR Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM6,999

TechnologyDigital
9 Jan 2025 • 3:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Malaysia melancarkan Porsche Design Honor Magic7 RSR hari ini dengan harga jualan RM6,999 (24GB/1TB). Edisi eksklusif itu hadir dengan rekaan yang menarik diinspirasikan daripada model Porsche Taycan Turbo S. Dengan bentuk persegi yang digilap bersama sudut membulat juga menambahkan sentuhan menarik pada rekaan keseluruhan Porsche Design Honor Magic7 RSR. Turut mencuri perhatian, pemilihan warna yang mirip warna asal dan kemasan metalik kereta sports Porsche.

image is not available

Menyentuh aspek spesifikasinya, Porsche Design Honor Magic7 RSR dikuasakan dengan cip pemproses terkini Snapdragon 8 Elite bersama-sama dengan padanan memori  24GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB UFS 4.0. Selain itu didatangkan dengan skrin OLED LTPO FHD+ 6.78-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,600nits. Skrin juga dikatakan 10 kali ganda lebih tahan lasak melalui teknologi baharu.

image is not available

Peranti ini juga dipadankan dengan sistem kamera utama 50MP lebar, 50MP ultra-lebar, 200MP telefoto periskop dengan sokongan LiDAR, serta kamera hadapan 50MP + 3D Depth. Bateri pula sebesar 5850mAh yang boleh dicas melalui sistem pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 80W. Selain itu mempunyai pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo (DTS:X Ultra) dan kalis air IP68/IP69.

image is not available

image is not available

Porsche Design Honor Magic7 RSR tersedia untuk pembelian bermula 24 Januari 2025 dan pelanggan yang berminat digalakkan untuk melawat kedai yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

image is not available

image is not available