
Port Dickson, Sepang Dilanda Ribut Tropika Senyar Awal Pagi Tadi
Port Dickson dan Sepang antara kawasan yang dilaporkan dilanda Ribut Tropika Senyar sekitar awal pagi tadi.
Ribut berkenaan yang membawa hujan lebat dan angin kencang turut menyebabkan kejadian pokok tumbang hingga menghalang laluan jalan.
Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut memaklumkan keadaan terkini berhubung ribut yang melanda di sekitar negeri berkenaan.
“Lewat malam tadi saya telah menerima notifikasi dari pihak NADMA berkenaan situasi Ribut Tropika Senyar yang akan melalui Pantai Barat Semenanjung. Negeri Sembilan termasuk dalam lokasi yang terkesan dengan laluan ribut yang membawa hujan melebihi 300 mm.
” Pagi ini, saya telah menerima pelbagai laporan dari pelbagai agensi daerah Seremban dan Port Dickson berkenaan kesan ribut malam tadi seperti pokok tumbang yang menghalang jalan, bumbung rumah dan kedai yang tercabut dan termasuk kemalangan yang disebabkan pokok tumbang yang menghalang jalan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/posts/pfbid02BbDQR8UgXQ6j143KzNvufTr9WJVBdumfKEQziJvYdUfnGn7hJ1piDWuzzUQuTQcil
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata pengguna netizen turut berkongsi detik-detik ribut berkenaan melanda kawasan itu.
Berikut antara video yang dikongsi;
https://www.facebook.com/masriyah.misni/posts/pfbid02yrchJt53VfNAwTuzqZsef2UNHRy9gST8RZXcEJfb3NQDCV7JUafHgyM3r7azAwDsl
https://www.facebook.com/reel/25510580018574449
https://www.facebook.com/zarahim99/posts/pfbid024wbPjWWUTFSH46qpQj43MKJMnj6AycsT911oE7ZDkhukc24arqewNdxUQKUvgHVMl
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Ribut Tropika Senyar dijangka berlaku di kawasan sempadan Perak dan Selangor bermula pada tengah malam.
Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip ia berdasarkan ramalan yang dilakukan di salah satu pusat wilayah MetMalaysia yang memantau corak dan aktiviti ribut taufan di India.
“Kita jangkakan akan berlaku di antara sempadan perak dan selangor tengah malam ini,” katanya dalam sidang media tergempar pada Khamis.
Beliau juga berkata MetMalaysia menjangkakan bahawa hujan berterusan akan membawa sekurang-kurangnya 200 hingga 300 milimeter (mm) hujan ketika ribut berlaku.
Dalam pada itu, ribut itu kini berada pada kedudukan Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur.
Ia dijangka bergerak ke arah timur pada kelajuan 9 km/j serta mampu mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j.
Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025.
Sumber: Facebook/Orang Awam
The post Port Dickson, Sepang Dilanda Ribut Tropika Senyar Awal Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.


