Port Makan Baharu Di Saradise, Nikmati Aneka Hidangan Menarik Di Little Canteen Kopitiam

30 Dec 2023 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port makan baharu untuk dicuba di Kuching

Port Makan Baharu Di Saradise, Nikmati Aneka Hidangan Menarik Di Little Canteen Kopitiam. Menjadi salah satu port syurga makanan di Kuching, Saradise sememangnya popular dengan pelbagai kedai makan yang menarik dan unik.

Baru sahaja beroperasi, Little Canteen Kopitiam di Saradise menawarkan pelbagai hidangan makanan lokal Sarawak buat para pengunjung di luar sana. Di Facebook rasmi mereka, ada menyatakan bahawa kedai makan ini muslim friendly dan tiada menyediakan sebarang daging babi di dalam makanan mereka (served no pork).

image is not available
Port Makan Baharu Di Saradise, Nikmati Aneka Hidangan Menarik Di Little Canteen Kopitiam. Kredit gambar: Facebook Little Canteen Kopitiam

image is not available
Kredit gambar: Facebook Little Canteen Kopitiam

Port sarapan pagi

Jika anda ingin mencari port sarapan pagi, anda boleh singgah di sini kerana mereka ada menyediakan makanan kegemaran orang lokal Sarawak seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Nasi Lemak Ayam Goreng, Maggi Goreng, Roti Bakar dan banyak lagi.

Beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam, anda juga boleh menikmati makan tengah hari dan makan malam di sini! Ada juga menu menarik lain yang anda boleh cuba seperti Nasi Lemak Tsunami, Nasi Kari Banjir, Salad Chicken Chop Rice dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: Facebook Little Canteen Kopitiam

image is not available
Kredit gambar: Facebook Little Canteen Kopitiam

Untuk menu minumannya pula, anda boleh menikmati Teh C Special, Air Mata Kucing, Teh Herbal Tradisional, Kopi, Jus dan sebagainya.

Little Canteen Kopitiam ini juga sesuai dijadikan port makan sambil lepak bersama keluarga, rakan dan orang tersayang kerana suasananya yang tenang dan selesa.

Jadi buat anda di luar sana yang suka mencuba tempat makanan baharu di Kuching, anda boleh cuba makanan di Little Canteen Kopitiam ini!

Maklumat penting

Lokasi: 2, Jalan Saradise, Taman Bdc, 93250 Kuching

Waktu Operasi: Buka setia hari dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam

Lagi port makanan menarik di Kuching untuk anda:

https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-6-port-makan-yang-menyajikan-hidangan-sihat-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/part-2-ini-4-port-makan-baru-dan-menarik-di-saradise-yang-anda-mesti-cuba/