Port Riadah Tersembunyi Di Bau, Kunjungi Abba Paradise Lokasi Terbaru Mandi Manda Yang Menarik

2 Dec 2022 • 3:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port bereakreasi yang best dan tersembunyi!

Port Riadah Tersembunyi Di Bau, Kunjungi Abba Paradise Lokasi Terbaru Mandi Manda Yang Menarik. Musim cuti sekolah dah nak tiba? Percutian anda pasti akan lebih seronok jika terdapat tempat yang boleh bermandi manda kan?

image is not available
Port Riadah Tersembunyi Di Bau, Kunjungi Abba Paradise Lokasi Terbaru Mandi Manda Yang Menarik. Kredit foto: Abba Paradise

Mesti anak-anak anda suka apabila bercuti di tempat yang boleh bermain air dan berseronok bersama keluarga.

Jika anda tiada idea untuk ke mana-mana pada musim cuti ini, jom kami kongsikan satu lokasi mandi manda ini yang pastinya amat menarik untuk anda luangkan masa bersama insan yang tersayang.

Lokasi yang terjaga dan berbaloi untuk disinggah

Tahukah anda, ada satu lokasi tersembunyi di Bau untuk anda bereakrasi bersama keluarga. Port tersebut di beri nama Abba Paradise, Bau.

Sesuai dengan namanya ‘paradise’, lokasi itu dilihat selamat dan tenang untuk semua pengunjung melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Dahlah tempat cantik, terjaga dan air pun bersih!

image is not available

Menariknya di sini, anda juga boleh memasang khemah sambil bermanda mandi di situ. Bolehlah ‘feeling-feeling’ healing kat situ.

Bayaran masuk pun murah

Masa nilah nak beli jiwa anak-anak tau!

Di sini, anda juga dibenarkan untuk berbarbecue. Kalau dah namanya mandi manda, tak sah lah kalau tak berbarbecue kan.

image is not available
Kredit foto: Richard Voon

Untuk bayaran pula, setiap pengunjung dikenakan bayaran Masuk RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak.

Difahamkan, tiket tersebut pula hendaklah dibeli sehari sebelum.

Sekiranya anda berminat untuk ke sini pada musim cuti sekolah ini, boleh rujuk di sini.

View Original Article