Port Sarapan Pagi Menarik Di Kuching, The Breakfast Factory Tawar Menu Lazat Dengan Harga Berpatutan

19 Aug 2023 • 9:17 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarapan ala American Breakfast yang memuaskan di Kuching.

Port Sarapan Pagi Menarik Di Kuching, The Breakfast Factory Tawar Menu Lazat Dengan Harga Berpatutan. Jika anda penggemar menu sarapan pagi ala American Breakfast, anda perlu cuba variasi makanan menarik yang ditawarkan di The Breakfast Factory.

Beroperasi seawal jam 7 pagi, The Breakfast Factory menyediakan pelbagai jenis menu sarapan pagi dengan harga berpatutan! Di sini, mereka tidak menggunakan atau menyediakan bahan berasaskan babi (No pork and lard).

image is not available
Port Sarapan Pagi Menarik Di Kuching, The Breakfast Factory Tawar Menu Lazat Dengan Harga Berpatutan. Kredit foto: FB The Breakfast Factory

Menu menarik serta lokasi The Breakfast Factory di Kuching

Antara menu sarapan pagi yang menarik di sini adalah, Champion Brealfast, Special Breakfast, XL Breakfast, XL Giant Breakfast, Cheesy French Toast, pelbagai jenis Sandwich dan snek lazat seperti French Fries, Onion Rings dan Nuggets juga anda boleh dapatkan.

Oleh kerana The Breakfast Factory ini digemari ramai, mereka kini sudah mempunyau 4 cawangan di Kuching iaitu di Song Corner (beroperasi jam 7 pagi hingga 1 tengah hari), Premier Food Republic RH Plaza (beroperasi jam 7 pagi hingga 3 petang), Premier Food Republic Pine Square (beroperasi jam 7 pagi hingga 3 petang) dan Premier Food Republic TT3 (beroperasi jam 7 pagi hingga 3 petang).

image is not available
Port Sarapan Pagi Menarik Di Kuching, The Breakfast Factory Tawar Menu Lazat Dengan Harga Berpatutan. Kredit foto: FB The Breakfast Factory

Saiz makanan yang disedia memang meuaskan

Bukan sekadar menu yang lazat serta menyelerakan, tetapi saiz makanan yang dihidangkan di sini juga amatlah berbali dan menu yang paling best di sini adalah Pancake mereka!

Tunggu apa lagi kalau anda tak tahu nak sarapan di mana, anda boleh singgah di mana-mana cawangan The Breakfast Factory di Kuching ini!

Lagi port sarapan pagi menarik di Kuching: