Portal Pusat Sumber KPT diluncur, tingkat kemahiran warga kementerian

6 Feb 2024 • 2:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Portal Pusat Sumber Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dibangunkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan diluncurkan di bangunan kementerian, Putrajaya hari ini.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata portal Pusat Sumber KPT itu bertujuan bagi meningkatkan kemahiran warga kerja kementerian sebagai pekerja yang bermaklumat.

Portal Pusat Sumber KPT

image is not available

“Portal ini dibangunkan untuk mempertingkatkan kemahiran warga KPT sebagai pekerja yang bermaklumat sekali gus menyemarakkan literasi membaca dalam kalangan warga KPT,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPT.

Zambry berkata, dalam usaha menyampaikan perkhidmatan pendidikan tinggi kepada rakyat menerusi kementerian, warga KPT tidak harus meminggirkan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian.

“Warga KPT, dari masa ke semasa perlukan maklumat serta penyelidikan baharu mengenai teras serta dasar Pendidikan Tinggi serta kajian pendidikan terkini.

image is not available

“Dengan adanya portal Pusat Sumber KPT ini, capaian maklumat dapat diakses dengan lebih mudah dan cepat.

“Inisiatif ini sejajar dengan Dekad Membaca Kebangsaan yang bertujuan untuk membentuk masyarakat berilmu bertaraf dunia,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berharap Pusat Sumber dapat mempelbagaikan bahan bacaan dan memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah berkualiti khususnya berkaitan pendidikan tinggi tanpa meninggalkan ilmu lain.

image is not available

“Pada masa yang sama, Pusat Sumber juga giat berusaha untuk memperbanyakkan aktiviti pembudayaan ilmu khusus untuk warga KPT.

“Setiap tahun, pelbagai aktviti dirancang seperti Jom Baca@KPT, program Library Tp You, #World Quranhour, Sambutan Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan serta Bulan Bahasa Kebangsaaa, Anugerah Pembaca Aktif Bulanan dan Tahunan,” katanya.