Pengesahan digital acapkali berdepan kesangsian pengguna namun semakin banyak teknologi dan juga langkah bagi memastikan keabsahan sesuatu dokumen digital. Pos Digicert, salah satu anak syarikat Pos Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sijil digital, penyelesaian eKYC (Know-Your-Customer), dan juga turut mempunyai platform tandatangan digital, hari jni telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu eCredentia.


eCredentia ditawarkan bagi membolehkan individu atau institusi mengesahkan kelayakan akademik dan professional. Perihal sijil, rekod transkrip, surat rasmi, segala data yang direkodkan universiti atau institusi pelajaran boleh disemak oleh bakal pekerja, dan ditentukan keabsahannya. Ini juga dapat mengurangkan risiko sebarang pemalsuan kerjaya, dan meningkatkan pasaran kerjaya secara keseluruhannya. Malah penggunaan eCredentia ini juga turut merangkumi sebarang sijil atau pengesahan lain, seperti sijil Halal, sijil Perkahwinan, dokumen tender dan pelbagai lagi.


Sejak dari 1998, Pos Digicert telah mengeluarkan lebih 22 juta sijil digital dan setiap tahun menyaksikan sekitar 4.5-5 juta sijil digital dikeluarkan. Dengan pengenalan eCredentia ini bakal mempopularkan lebih penggunaan digital di masa hadapan.
