Pos Malaysia Akhirnya Ulas Isu CEO Beri Jawapan ‘Sombong’ Kepada Pekerja – “Beliau Berjanji Untuk Hormat..”

LocalPolitics
19 Apr 2025 • 8:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kecoh di platform media sosial mengenai jawapan ‘sombong’ CEO Pos Malaysia terhadap salah seorang pekerjanya susulan bertanya tentang bila akan dapat pakaian baru kerana baju lama sudah koyak.

CEO Pos Malaysia akui bersalah, mohon maaf secara terbuka

Disebabkan teruk dikecam oleh warganet, Pos Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia iaitu Charles Brewer sudah memohon maaf secara terbuka dan mengakui kelemahannya dengan bersikap seolah-olah tiada empati.

Beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira.

Dalam proses menambah baik baju uniform pekerja

Dalam pada itu, Charles Brewer turut difahamkan sudah menyampaikan mohon maaf kepada pekerja terbabit dan pihak syarikat kini sedang menambah baik proses dalaman bagi memastikan hal yang sama tidak berulang lagi.

Kami sedang menambah baik proses dalaman kami untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.

Bahkan menyatakan bahawa pihak pengurusan akan memastikan setiap Pos Wira dapat berkhidmat dalam keadaan selesa dan yakin.

image is not available 2 days ago

Pekerja Mengadu Baju Lusuh & Koyak Tapi Masih Tak Berganti, Jawapan CEO Pos Malaysia Curi Perhatian - "Anggaplah Diri Tu Bertuah.."