Pos Malaysia Kini Menyediakan Stesen Pengecas EV Di Pejabat Pos

TechnologyDigitalCars
22 Jun 2023 • 1:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pos Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech, sekaligus akan menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV. Stesen pengecas EV oleh Pos Malaysia ini akan tersedia setiap hari dari 7 pagi ke 11 malam di enam Pejabat Pos Malaysia, iaitu di Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Johor Bahru.

image is not available

Pos Malaysia turut menyatakan mereka akan memperluaskan penawaran ke Pejabat Pos lain secara berperingkat, sekaligus memudahkan lagi pemilik kenderaan elektrik dalam mengecas kenderaan mereka.

Penawaran stesen pengecas kenderaan elektrik oleh Pos Malaysia ini menyediakan pengecas DC dengan kuasa 40kW, dimana pengecasan UV sehingga 80% mengambil masa sekitar 60 ke 90 minit bergantung kepada model kereta.

image is not available

Selain menyediakan stesen pengecasan kereta elektrik, Pos Malaysia juga sebelum ini telah menyatakan komitmen menggunakan motosikal elektrik dan van elektrik untuk penghantaran.