Pos Malaysia materai MoU dengan WhosCall untuk banteras parcel scam

LocalTechnology
12 Aug 2024 • 8:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam tahun 2024 setakat bulan julai, sebanyak 1,411 kes scam menggunakan telefon telah direkodkan. 87 daripadanya melibatkan penyamaran sebagai pegawai Pos Malaysia dengan kerugian hampir RM3 juta. Maka dengan sebab itu, Pos Malaysia dan Whoscall hari ini telah tandatangani MoU untuk menggerakkan satu inisiatif membanteras scammer.

Melalui MoU tersebut, salah satu intipati yang terkandung di dalamnya adalah, WhosCall akan menandakan ombor telefon penghantar surat dan pejabat Pos Malaysia sebagai “verified”. Maka dengan sebab itu, pengguna tak perlu risau akan scammer kalau terima panggilan daripada nombor “verified”.

image is not available

Selain itu, Pos Malaysia juga melancarkan Kempen Kesedaran Parcel Scam. Kempen ini berjalan serentak di semua pejabat pos. Panji-panji akan dipasang di premis dan flyers kesedaran akan diedarkan penghantar surat.

image is not available

Bersempena dengan MoU ini juga, Whoscall memberikan akses percuma 60 hari kepada Whoscall Premium untuk anda mencubanya. Anda boleh pergi ke laman penebusan WhosCall, log masuk akaun anda dan gunakan kod promosi "posantiscam" untuk menebusnya.

Bacaan berkaitan