Pos Malaysia rugi RM41.5 juta pada suku pertama 2025

LocalBusiness & Finance
22 May 2025 • 10:24 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pos Malaysia rugi RM41.5 juta pada suku pertama 2025

image is not available

22/05/2025 - 10:24

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 22 Mei - Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih RM41.5 juta bagi 1QFY25, melonjak daripada RM19.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Pos Malaysia berkata, kerugian itu disebabkan penurunan hasil daripada segmen pos dan logistik.

"Hasil suku tahunan juga menurun sebanyak 5% kepada RM467 juta berbanding RM492 juta tahun lalu," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

Jelasnya, angka tersebut merosot disebabkan oleh jumlah penghantaran yang lebih rendah dalam segmen sama.

Syarikat pos nasional itu mencatatkan kerugian sejak suku ketiga tahun kewangan 2018.

Namun, peningkatan pesanan makanan dalam penerbangan sedikit mengurangkan kesan penurunan tersebut.

Berbanding suku 4QFY24, kerugian bersih Pos Malaysia menurun daripada RM77.2 juta, manakala hasil meningkat 2% daripada RM458.6 juta kepada RM467 juta.

Pos Malaysia merancang untuk mengembangkan perkhidmatan logistik dan automotif, meningkatkan kualiti khidmat pelanggan serta mempertingkat kecekapan operasi.

Namun, syarikat masih tidak pasti tentang kesan Tarif Perdagangan Amerika Syarikat terhadap operasinya. - DagangNews.com

featured standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved