Positif Guna Dadah, Netflix Jawab Jika Yoo Ahin Akan Muncul Dalam Drama ‘Goodbye Earth’ April Nanti

Entertainment
29 Mar 2024 • 10:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Setelah lama menanti, drama “Goodbye Earth” akhirnya telah mengumumkan tarikh tayangannya.

Untuk pengetahuan, “Goodbye Earth” bakal diterajui Yoo Ah-in, Ahn Eun-jin, Jeon Seong-woo dan Kim Yoon-hye, ialah drama pra-apokaliptik mengikuti empat individu yang menjalani kekacauan akhir, 200 hari sebelum asteroid dijadualkan bakal berlanggar dengan Bumi.

Sebelum ini, drama tersebut dijadualkan untuk tayang pada 2023 namun, telah ditangguhkan selepas salah seorang pelakon utama iaitu Yoo Ah-in didapati positif menggunakan dadah secara haram.

Respon Netflix jika Yoo Ah-in akan tampil dalam drama itu nanti,

Memandangkan Yoo Ah-in memainkan watak utama dalam drama itu, kami akan menyuntingnya semula dan mengerjakan pasca produksi tanpa menjejaskan aliran penceritaan selepas perbincangan yang mencukupi di kalangan pengarah, penulis skrip dan pasukan produksi.

Sementara itu, “Goodbye Earth” akan dikeluarkan pada 26 April ini di Netflix.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.