Poster macam gambar kahwin, Kak Lina & suami sertai Famili Duo?

14 Oct 2023 • 2:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penarikan diri selebriti versatil, Elly Mazlein atau biasa disapa Kak Lina dalam program All Star Gegar Vaganza (ASGV) sebagai pengacara sememangnya mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, dia secara tiba-tiba menarik diri daripada program berkenaan atas alasan peribadi tanpa sebarang sebab utama sehingga rakan pengacaranya, Nabil Ahmad juga tidak tahu.

Kak Lina dan suami sertai Famili Duo ke?

Namun begitu, tular pula poster program di saluran TV3 yang menjadi saingan ASGV iaitu Famili Duo memperlihatkan pasangan peserta keenam dikatakan mirip gambar perkahwinan Elly Mazlein.

Macam gambar kahwin Kak Lina je?

Dalam poster terbabit, identiti pasangan keenam yang akan beraksi di pentas Famili Duo masih lagi rahsia dan hanya huruf depan nama selebriti itu sahaja ditulis.

Namun begitu, ruangan komen Instagram tv3malaysia telah dipenuhi dengan nama Kak Lina apabila ramai yang mengatakan bahawa bayang-bayang di poster tersebut sama seperti gambar persandingan selebriti berkenaan dan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh.

image is not available

Epic comeback dari Kak Lina Kepom ke ni?

Rata-rata mereka mengatakan jika benar apa diduga, pastinya perkara tersebut satu ‘plot twist’ yang tidak disangka-sangka.

Mereka juga seakan pasti dengan tekaan tentang kehadiran Kak Lina dalam Famili Duo kali ini apabila dikuatkan lagi menerusi pemilihan lagu yang bergenre dangdut kerana penyanyi terbabit memang gemar membawakan lagu seperti itu dalam persembahan-persembahan sebelum ini.

image is not available

Patutlah Nabil ada sindir2 sebelum ni

image is not available

Kak Lina memang suka lagu dangdut kan?

image is not available

Boleh Google kalau nak tengok gambar kahwin dia

image is not available

Walau bagaimanapun, spekulasi berkenaan masih belum ada kesahihannya kerana ia hanyalah tanggapan netizen yang melihat daripada poster acara tersebut sahaja dan membandingkannya dengan gambar perkahwinan selebriti berkenaan.

Jadi, untuk mengetahui perkara sebenar, nampaknya para peminat perlu menanti tayangan pertama program Famili Duo yang bersiaran langsung pada Ahad 9 malam bermula 15 Oktober nanti.

Sumber: Instagram tv3malaysia