Poster Pelaburan Guna Gambar Fadillah Palsu

15 Jan 2023 • 8:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fadillah telah mengarahkan pegawai khasnya untuk membuat laporan polis. - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan terlibat dalam Pelaburan Patuh Syariah seperti disebarkan menerusi poster yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata poster berkenaan adalah palsu dan beliau tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan.

“Saya telah mengarahkan pegawai khas saya di Pusat Khidmat Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, poster palsu yang sama pernah disebarkan melalui media sosial pada tahun lepas oleh pihak tidak bertanggungjawab dan laporan polis juga pernah dibuat pada 3 September tahun lepas. - Bernama