Poster tular palsu, tiada bantuan Ramadan, tuntutan kredit e-tunai dibuka

LocalPolitics
22 Feb 2026 • 6:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan tuntutan kredit e-tunai seperti yang tular menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MOF memaklumkan poster “Bantuan Ramadan RM500 one-off” berserta gambar Perdana Menteri itu adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF,” menurut hantaran itu.

Orang ramai turut diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian itu.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved