Personaliti hiburan terkenal Hollywood, Perez Hilton, menjadi perhatian dunia selepas dilaporkan dikejarkan ke hospital susulan satu insiden yang berlaku ketika beliau sedang membuat siaran langsung di TikTok.
Dalam video ‘live streaming’ tersebut, Perez dilihat menghiris tubuh badannya sendiri menggunakan pisau sambil menjerit kesakitan.
Lihat video atas kesedaran penuh anda sendiri (NSFW)
Menurut pihak berkuasa, beberapa panggilan kecemasan diterima daripada orang awam yang bimbang dengan keadaan Perez sebelum anggota polis dan pasukan penyelamat bergegas ke kediamannya di Miami. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan pemantauan lanjut.
Wakil Perez Hilton turut mengesahkan mereka amat prihatin terhadap keadaan beliau serta keluarganya, namun meminta orang ramai menghormati privasi mereka ketika ini.
Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan rakan selebriti yang membanjiri media sosial dengan kata-kata semangat serta mendoakan agar Perez Hilton kembali pulih.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Cuma Boleh 'Terima Kasih'" - Driver Terkedu Pelancong India Tak Bayar Tambang Teksi, Netizen Panas Hati
The post Pot*ng Badan Sendiri Di ‘Live Streaming’, Pempengaruh Dikejarkan Ke Hospital – “Saya Buat Ini Untuk Anak-Anak Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

