Potongan 20% gaji Menteri dikekalkan, gaji hakim naik sehingga 30% mulai 1 Jan 2026 - PM

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 7:08 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Potongan 20% gaji Menteri dikekalkan, gaji hakim naik sehingga 30% mulai 1 Jan 2026 - PM

image is not available

10/10/2025 - 19:08

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa potongan gaji sebanyak 20% bagi menteri Kabinet akan diteruskan, manakala hakim akan menerima kenaikan gaji bermula 1 Januari 2026.

“Terakhir kali gaji hakim dinaikkan adalah pada tahun 2015, dan mereka tidak menerima kenaikan tahunan seperti skim perkhidmatan lain.

"Mereka juga dilarang memegang jawatan lain atau terlibat dalam perniagaan,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen hari ini.

Anwar mengakui, walaupun reputasi badan kehakiman sebelum ini tidak begitu baik, ia kini sedang bergerak ke arah meningkatkan kewibawaan, integriti dan kebebasan.

“Dalam semangat itu, kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji hakim sehingga 30% bermula 1 Januari 2026,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa semua ahli Kabinet akan terus menanggung potongan gaji sebanyak 20%.

Anwar turut memaklumkan bahawa Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan berkuat kuasa mulai Januari 2026. - DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved