PPAS anjur program bina rumah kaca, dedah pertanian bandar kepada kanak-kanak 

29 Aug 2023 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 29 OGOS: Kanak-kanak berpeluang menyertai program Jom Bina Rumah Kaca dan Pertanian Bandar sempena cuti persekolahan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), hari ini.

Pustakawan Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Norelmin Sapuan berkata program dengan yuran serendah RM4 membolehkan peserta berusia enam hingga sembilan tahun merasai pengalaman baharu.

“Biasanya anak-anak ini akan buat kerja di hadapan komputer tapi kali ini kita bagi mereka merasai pengalaman baharu yang jarang mereka lalui.

“Aktiviti ini untuk kita menarik minat mereka rasa seronok bila hadir ke perpustaan. Mereka boleh bawa pulang hasil kerja untuk berkongsi rasa bangga dengan ahli keluarga atas usaha yang dilakukan,” katanya kepada Selangorkini.

Norelmin berkata PPAS sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti ketika musim cuti sekolah bagi menarik minat khususnya golongan muda untuk ke perpustakaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved