PPAS bakal bina perpustakaan khas kanak-kanak, kelainan upaya

3 Sep 2022 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LANGAT, 3 SEPT: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal membina perpustakaan khas kanak-kanak di Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B, Shah Alam.

Pengarahnya berkata perpustakaan yang turut menyediakan kemudahan dan aktiviti kepada kanak-kanak istimewa itu adalah ilham Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Kita akan ada satu lagi perpustakaan di Fasa 2B. Ia akan menjadi perpustakaan khas untuk kanak-kanak dan kanak-kanak kelainan upaya.

“Tuanku juga mahu ia menjadi pusat sehenti kepada anak-anak istimewa ini. Semua orang sedia maklum bahawa kos penjagaan mereka adalah tinggi, jadi kita bantu,” kata Datin Paduka Mastura Muhamad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Perpustakaan Sultan Abdul Samad di sini semalam.

Justeru, Mastura berkata, PPAS akan bekerjasama dengan Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) bagi merealisasikan perkara tersebut.

“Kita juga akan pastikan setiap perpustakaan daerah mempunyai kemudahan sama bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menerima manfaatnya,” katanya.

Pada 26 November tahun lalu, Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pembinaan Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B sebagai kesinambungan projek Fasa 1 dan Fasa 2A.

Mengumumkan perkara itu semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2022, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembinaan itu terdiri daripada Galeri Diraja, Galeri Menteri Besar dan Ruang Pembelajaran Kreatif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved