PPD Petaling Utama, IPD Petaling Jaya perkukuh keselamatan sekolah

7 Jan 2026 • 8:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 JAN: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memperkukuh keselamatan sekolah menerusi penganjuran Bicara Profesional dan Program Sinergi 2026.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat menegaskan peranan bersama guru, ibu bapa dan polis penting dalam mencegah jenayah serta menggalakkan pelaporan awal insiden mencurigakan di sekolah.

"Program yang berlangsung di Auditorium Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Way itu bertujuan mengukuhkan kerjasama antara sektor pendidikan dan keselamatan.

"Dalam sesi berkenaan, pelbagai isu dibincangkan termasuk buli, vandalisme, penyalahgunaan dadah, jenayah penipuan dan ancaman keselamatan siber," katanya menerusi Facebook.

Sesi soal jawab interaktif turut diadakan bagi merangka cadangan penambahbaikan keselamatan sekolah secara lebih berkesan.

Antara cadangan diketengahkan ialah pelaksanaan modul keselamatan, latihan kecemasan, rondaan polis serta penglibatan Program School Liaison Officer (SLO).

Usaha ini bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, harmoni dan kondusif untuk pembelajaran pelajar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved