PPM rampas 4,490kg beras

23 Dec 2023 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas sejumlah 449 kampit beras dari sebuah bot di perairan Tobo-Tobo, di sini, pada Khamis.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata, pasukan PPM sedang membuat rondaan di bawah Op Taring Gelora apabila mereka mengesan sebuah bot yang mencurigakan, kira-kira 1.30 pagi.

Pasukan itu menghampiri bot dan memperkenalkan diri sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas bot.

Hasil pemeriksaan menemui tiga individu, termasuk tekong bot tersebut.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Pemeriksaan lanjut turut menemui 449 kampit beras jenama Kapal Super Import seberat 4,490kg disembunyikan di dalam bot dipercayai, untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Susulan pemeriksaan itu, tekong bot itu gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Ketiga-tiga individu itu dan rampasan bernilai RM26,347.50 telah dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya, menambah kesalahan itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.