PPM tahan enam warga asing di Semporna

29 Feb 2024 • 2:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini pada Isnin menahan enam individu kerana cuba masuk ke negeri ini secara haram di perairan Tanjung Pantau-Pantau.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.37 pagi itu, pasukan PPM sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan apabila mengesan sebuah bot laju bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata, pasukan itu segera memintas dan menahan bot berkenaan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam lelaki, termasuk tekong bot di dalam bot. Pemeriksaan lanjut mendapati tekong dan empat penumpangnya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi penumpang memiliki dokumen pemastautin tetap.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Semua penumpang mengaku berasal dari Bongao, Filipina dan dikenakan bayaran 4,500 peso seorang,” katanya.

Menurut Ahmad, kesemua suspek dan rampasan termasuk bot, enjin dan 21,000 peso yang dianggarkan bernilai RM18,242 dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.