PPN Sabah menang tuntutan hutang lebih RM1j terhadap Nafas

11 May 2024 • 1:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah menang dalam tuntutan bayaran balik hutang mencecah lebih RM1 juta terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Penimbang Tara Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) dalam sidangnya pada Selasa (7 Mei) di pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah memutuskan perkara itu setelah mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Hakim Timbangtara dari LPP Malaysia, Hyder Jaleel Gafoor Abdul Rasheed membuat keputusan itu selepas proses pemeriksaan dokumen dan mendengar keterangan serta hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak untuk Nafas menyelesaikan semua tuntutan hutang kepada PPN Sabah.

Tuntutan hutang itu termasuk perkhidmatan pengangkutan, kerja-kerja pergudangan, sewaan gudang dan utiliti serta tuntutan bekalan Kit Banjir.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) diwakili oleh Pemangku Pengurus Besarnya Ruddy Hasmawie Mohamad yang bertindak sebagai Ketua, Pengurus Perniagaantani Anizam Edrus dan Pengurus Aset Sanuddin Abdul Rahman.

Nafas pula diwakili oleh Timbalan Pengurus Besarnya Saripol Baharin Karim yang bertindak sebagai Ketua, Pengurus Kanan Kumpulan Pemajuan Peladang Mohd Hafizul Ridhuan Abd Wahab, Pengurus Kanan Kumpulan Perniagaan Input Baja dan Kimia (KPIBK) Alias Abdul Rahman, Penolong Pengurus KPIBK Muhd Al Aprinuddin Hisyamuddin, Penolong Pengurus Bahagian Undang-Undang yang juga Peguam Nafas Azliana Zaharuddin, Eksekutif Bahagian Perolehan Noor Nadia Mohamed Isa, Pemangku Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat Noor Farizan Abdul Kadir dan Eksekutif Bahagian Kewangan Hamdin Zariff Hamzah.

Penimbang Tara Pendaftar PP juga mengarahkan Nafas membuat pembayaran hutang itu kepada PPN Sabah secara bulanan selama enam bulan dan pembayaran hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 7 haribulan setiap bulan.

Semasa sesi timbangtara itu, Pengurus Kanan KPIBK Nafas Alias Abdul Rahman mengesahkan bahawa untuk tempoh semasa kerja-kerja pengangkutan dan sewaan gudang di Sabah dijalankan oleh Syarikat TS Top Logistics Sdn Bhd dengan pelantikan oleh perolehan Nafas secara rundingan terus.

Perkara ini diulas sebagai salah satu asas pertimbangan dalam timbangtara.

PPN Sabah memohon tuntutan hutang terhadap Nafas untuk dibicarakan oleh Penimbang Tara Pendaftar PP pada 22 November 2023, setelah Nafas enggan membayar tunggakan tersebut.

Sebelum itu, PPN Sabah juga berulang kali memohon untuk pembayaran diselesaikan, sehingga PPN Sabah terpaksa mengambil tindakan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah LPP Malaysia, Dato’ Azulita Salim pada 8 Januari, 2024 memaklumkan Pengerusi Jemaah Pengarah PPN Sabah bahawa stok baja yang disimpan di gudang yang disewa oleh Nafas daripada PPN Sabah adalah milik Kerajaan Persekutuan untuk diedarkan kepada pesawah.

Justeru itu, mengurusniagakan stok baja bagi apa-apa tujuan adalah “dilarang” dan menasihati PPN Sabah agar berhati-hati.

Pemangku Pengurus Besar PPN Sabah, Ruddy Hasmawie Mohamad berkata baja-baja masih tersimpan dalam gudang yang disewa oleh PPN Sabah dan dibenarkan untuk diambil semula hanya setelah tuntutan hutang diselesaikan sepenuhnya oleh Nafas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.