PPPK digesa segera bentang pelan tangani kos sara hidup

LocalPolitics
17 Apr 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PPMKL gesa PPPK segera membentangkan pelan tindakan yang jelas dan bersasar bagi membantu rakyat serta komuniti perniagaan mendepani kenaikan kos sara hidup. - Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kepimpinan Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) digesa segera membentangkan pelan tindakan yang jelas dan bersasar bagi membantu rakyat serta komuniti perniagaan mendepani kenaikan kos sara hidup.

Pertubuhan Pantau Masyarakat Kuala Lumpur (PPMKL) berkata, kelewatan pasukan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam merangka inisiatif membantu masyarakat mendepani krisis semasa disifatkan sebagai satu kecuaian jelas dalam memahami realiti di lapangan.

“Ketika rakyat sedang bergelut dan peniaga kecil semakin terhimpit, PPPK masih gagal mengemukakan pelan yang konkrit dan berkesan.

“Ini mencerminkan kelemahan serius dari segi kecekapan, keutamaan dan rasa tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kelewatan tersebut secara langsung turut menjejaskan imej dan kredibiliti Perdana Menteri dalam memimpin negara menerusi pendekatan tegas serta proaktif.

Ujarnya, PPPK perlu mencontohi usaha kerajaan Selangor yang bertindak segera dalam mengumumkan pakej pengukuhan daya tahan kepada rakyat.

“Langkah itu menjadi bukti jelas bahawa tindakan pantas daripada kerajaan adalah sesuatu yang mampu dilaksanakan.

“Jika ketidakmampuan ini berterusan, maka persoalan tentang keupayaan dan kesesuaian mereka untuk terus memegang tanggungjawab ini wajar dibangkitkan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved