PPS terakhir ditutup, banjir Johor pulih sepenuhnya

3 Jan 2025 • 3:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi ditutup 11 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

“Mereka dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan di kawasan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johor kembali dilanda banjir melibatkan daerah Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan pada Isnin lepas.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved