
MAHU melihat prestij lagu etnik tempatan terus diperkasa, Persatuan Penggiat Seni Rungus Sabah (PPSRS) merancang untuk mengadakan lebih banyak program yang boleh meningkatkan kualiti penerbitan karya etnik di negeri ini.
Salah satu usaha itu adalah menerusi penganjuran Bengkel Pemantapan Penerbitan Muzik yang diadakan secara atas talian baru-baru ini.
Presiden PPSRS, Raimon Sukudat @ Matlan berkata, bengkel dua hari berkenaan berjaya mengumpulkan kira-kira lapan pengusaha studio dan penerbit muzik tempatan dari etnik Rungus dan etnik lain.
“Kami berharap menerusi bengkel ini pengusaha studio atau penerbit muzik tempatan dapat menimba ilmu mengenai penerbitan muzik.
