PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan KOSWIP lebih RM400,000

LocalBusiness & Finance
21 Oct 2024 • 6:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengerusi KOSWIP, Datuk Khairul Walid Mohamed (empat dari kanan) menyerahkan replika cek zakat perniagaan kepada Abdul Hakim (tiga dari kiri) pada Isnin.

image is not available
Pengurusan tertinggi PPZ-MAIWP dan KOSWIP selepas menyempurnakan penyerahan zakat perniagaan pada Isnin.

KUALA LUMUR - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berjumlah RM415,129 pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, PPZ-MAIWP juga menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat untuk dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan.

“Saya menyeru agar koperasi-koperasi yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur agar dapat bersama membuat pembayaran zakat perniagaan melalui PPZ-MAIWP supaya zakat berkenaan boleh disalurkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[2856490]**

Pembayaran zakat tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi KOSWIP, Datuk Khairul Walid Mohamed kepada Abdul Hakim.

Turut hadir, Setiausaha KOSWIP, Azlan Alias dan Bendahari KOSWIP Mohd Noh Chick@Chik serta pihak pengurusan KOSWIP.

Berdasarkan Laporan Tahunan kewangan KOSWIP menunjukkan pengurusan dan tadbir urus yang kukuh sehingga ia telah dibuktikan melalui dividen yang diagihkan kepada anggota pada tahun 2023 sebanyak 11.8 peratus.

KOSWIP yang berpegang kepada moto ‘Ramai Bagi Satu, Satu Bagai Ramai’ membuktikan ia mampu berdiri teguh selama 101 tahun sekali gus menunjukkan ia sebuah organisasi berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan kebajikan kepada pencarumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved