Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA

LocalPolitics
7 Feb 2024 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Prabakaran

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan Prabakaran adalah bagi menggantikan Datuk R. Ramanan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosioekonomi masyarakat India,” menurut kenyataan itu hari ini.

MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018.

Unit berkenaan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved