Prabowo Dedah Miliki DNA India -“Setiap Kali Dengar Muzik, Saya Rasa Mahu Menari..”

WorldPolitics
8 Jul 2026 • 11:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India.

Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan komuniti India di Jakarta, sambil berseloroh bahawa muzik India sentiasa membuatkan dirinya berasa ingin menari sehingga mencetuskan sorakan daripada hadirin.

Beliau turut bergurau bahawa ramai anggota Kabinetnya gemar menyanyikan lagu-lagu India dan berkemungkinan mempunyai DNA India.

“Setiap kali saya dengar muzik India, saya rasa mahu menari. Mungkin ramai dalam Kabinet saya juga ada DNA India,” katanya.

Image from: Prabowo Dedah Miliki DNA India -“Setiap Kali Dengar Muzik, Saya Rasa Mahu Menari..”

Dalam ucapannya, Prabowo turut memuji pengaruh besar tamadun India terhadap Indonesia, khususnya dalam aspek budaya, bahasa dan sejarah yang telah lama membentuk identiti negara itu.

Kenyataan berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menyifatkan pengakuan Prabowo itu berjaya menyentuh hati jutaan rakyat India.

Artikel lain: “Bawa Indonesia Ke Ambang Bankrap!”- Ribuan Pelajar Turun Demonstrasi, Protes Dasar Perbelanjaan Prabowo

Menurut Modi, kenyataan tersebut mencerminkan hubungan persahabatan yang erat serta warisan sejarah dan budaya yang dikongsi antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

Image from: Prabowo Dedah Miliki DNA India -“Setiap Kali Dengar Muzik, Saya Rasa Mahu Menari..”

Hubungan India dan Indonesia sememangnya mempunyai akar sejarah yang panjang, dengan pengaruh budaya serta perdagangan antara kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan dua hala sehingga kini.

Lawatan Modi ke Jakarta turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan strategik India-Indonesia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, pertahanan, maritim dan kebudayaan.

Image from: Prabowo Dedah Miliki DNA India -“Setiap Kali Dengar Muzik, Saya Rasa Mahu Menari..”

Kedua-dua negara berkongsi hubungan sejarah sejak berabad lamanya menerusi pengaruh tamadun India di kepulauan Nusantara, termasuk dalam aspek bahasa, seni, agama dan warisan budaya.

Sumber: India Today

The post Prabowo Dedah Miliki DNA India -“Setiap Kali Dengar Muzik, Saya Rasa Mahu Menari..” appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved