Prabowo Kata Rupiah Lemah Kerana Kekayaan Indonesia Mengalir Ke Luar Negara

WorldBusiness & Finance
23 Jun 2026 • 10:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Prabowo Kata Rupiah Lemah Kerana Kekayaan Indonesia Mengalir Ke Luar Negara

Prabowo Kata Rupiah Lemah Kerana Kekayaan Indonesia Mengalir Ke Luar Negara

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan fenomena aliran modal ke luar negara sebagai faktor utama yang melemahkan nilai tukaran rupiah berbanding mata wang asing sejak beberapa dekad lalu.

Memetik Antara News, Prabowo menjelaskan bahawa istilah yang digunakan untuk menggambarkan kebocoran kekayaan nasional secara berterusan ke luar wilayah Indonesia itu ialah net outflow of national wealth.

“Kalau sekarang ada yang mengatakan rupiah kita lemah dan sebagainya, ia berlaku kerana kekayaan kita mengalir keluar. Kalau darah kita setiap hari keluar, akhirnya badan kita akan rebah,” katanya pada Majlis Penutupan Musyawarah Nasional Alim Ulama dan Konferensi Besar Nahdlatul Ulama 2026 di Bangkalan, Jawa Timur, pada Selasa.

Menurutnya, berdasarkan data antarabangsa, Indonesia sebenarnya mencatatkan lebihan imbangan perdagangan selama 17 tahun daripada tempoh keseluruhan 22 tahun terakhir.

Image from: Prabowo Kata Rupiah Lemah Kerana Kekayaan Indonesia Mengalir Ke Luar Negara
Kredit: Antara News

Bagaimanapun, beliau kesal kerana sebahagian besar keuntungan perdagangan AS$436 bilion segera disalurkan semula ke luar negara oleh pemilik modal.

Prabowo berkata keadaan yang tidak seimbang itu menyebabkan jumlah dana sebenar yang tinggal dan berlegar di dalam negara menjadi sangat kecil.

Prabowo turut menegaskan komitmennya untuk mengubah sistem ekonomi yang disifatkannya tidak betul demi menjaga kepentingan dalam negara, selaras dengan sumpah jawatan yang dilafazkan ketika beliau dilantik.

“Apa yang berlaku di Indonesia ialah kekayaan bangsa Indonesia mengalir keluar dari negara ini," katanya.

Sepanjang dua dekad yang lalu, nilai rupiah semakin lemah berbanding dolar AS dan berlaku turun naik.

Baca juga:

Pada pertengahan tahun 2000-an, nilai rupiah berada sekitar Rp9,000 setiap dolar AS.

Kadar pertukaran rupiah terjejas oleh pergolakan pasaran kewanga global pada tahun 2013, pandemik COVID-19 dan konflik geopolitik global semasa.

Ia mendorong rupiah ke paras terendah sepanjang masa iaitu lebih Rp18,000 bagi setiap dolar AS.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved