Prabowo Mahu Peralihan Ke Kenderaan Elektrik, Petrol Pula Untuk Golongan Kaya

WorldPolitics
25 Mar 2026 • 5:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Prabowo Mahu Peralihan Ke Kenderaan Elektrik, Petrol Pula Untuk Golongan Kaya

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan satu rancangan besar, iaitu penukaran bahan bakar kenderaan di negara tersebut daripada menggunakan bahan bakar petrol kepada tenaga elektrik.

Beliau yakin cadangan ini mampu menjimatkan wang negara dan mengurangkan kebergantungan kepada bekalan bahan api minyak (BBM).

Rancangan penukaran kenderaan petrol ke tenaga elektrik ini akan dikenakan bagi semua jenis kenderaan termasuk motosikal, kereta dan juga trak.

Walau bagaimanapun, petrol masih akan kekal tersedia dan boleh digunakan oleh golongan kelas pertengahan ke atas kerana harga petrol akan ditetapkan mengikut turun naik harga minyak dunia.

Dalam kenyataannya hari ini menerusi siaran Youtube 'Presiden Prabowo Menjawab!!', beliau menegaskan perkara ini merupakan perubahan kepada negara tersebut.

"Semua motosikal akan kita tukar kepada motosikal elektrik. Begitu juga dengan kereta dan trak.

"Semua orang kaya yang memiliki Lamborghini, Ferrari, silakan guna petrol dan bayar mengikut harga dunia, sama ada US$200 sekalipun," ujarnya.

image is not available
Kredit: CNBC Indonesia

Beliau juga menegaskan bahawa simulasi awal telah dilakukan sekiranya individu tersebut menggunakan motosikal elektrik.

"Jika seseorang menggunakan motosikal elektrik, perbelanjaannya berkurangan 20 peratus iaitu satu perlima sahaja dan ini merupakan game changer buat kita," tambahnya lagi.

Selain itu juga, Prabowo bertekad untuk menambah stesen janakuasa tenaga solar.

"Saya sasarkan Indonesia memiliki stesen janakuasa sekurang-kurangnya sebesar 100 gigawatt dalam masa setahun akan datang," tambahnya lagi.

Dengan rancangan ini, Indonesia tidak lagi bergantung kepada stesen janakuasa bertenaga diesel.

Tambahnya lagi, Indonesia telah memiliki stesen janakuasa tenaga diesel sebanyak 13GW dan berkemungkinan akan ditutup kerana terlalu mahal.

Baca juga:

Jadi, tidak lama lagi penggunaan diesel akan digantikan bagi menjana elektrik di negara tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM), Bahlil Lahadilia sebelumnya berkata rancangan penukaran motosikal konvensional kepada motosikal berkuasa bateri elektrik sedang digesa.

Bagi menyokong inisiatif ini, kerajaan akan menyediakan program subsidi seperti yang pernah dilakukan sebelumnya.

Perkara ini dinyatakan oleh Bahlil selepas mesyuarat tertutup di Istana Negara pada Khamis lalu, berkaitan percepatan pelaksanaan tenaga bersih seperti pembangunan PLTS 100 Gigawatt dan penukaran 120 juta motosikal kepada enjin bateri elektrik.

“Sesuatu seperti itu (subsidi), tapi nanti kita cari formulasi yang baik,” kata Bahlil ketika ditanya mengenai program percepatan yang akan diberikan oleh kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan juga pernah memberikan subsidi untuk penukaran motosikal elektrik sebanyak 200,000 unit, yang berakhir pada tahun 2024.

Namun, subsidi bernilai 7 hingga 10 juta rupiah itu tidak lagi diteruskan oleh kerajaan. Menurut Bahlil lagi, nilai program subsidi kali ini akan lebih rendah berbanding sebelumnya.

Beliau menjangkakan subsidi yang diberikan sekitar 5 hingga 6 juta rupiah per unit, kerana teknologi kini telah menjadi jauh lebih murah.