
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pada bulan lalu, telah berlaku protes anti kerajaan di Jakarta dan beberapa kawasan lain di Indonesia sehingga menyebabkan enam nyawa orang awam dilaporkan terkorban.
Tidak hanya itu, rusuhan yang berlaku itu menyebabkan beberapa bangunan mengalami kerosakan selain rumah-rumah ahli politik diceroboh dan barang peribadi habis dijarah orang ramai.
Kemarahan rakyat tercetus selepas elaun kewangan ahli parlimen dinaikkan sebelum Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memutuskan untuk menarik semula beberapa elaun dan keistimewaan para ahli Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Baca Artikel Berkaitan: Protes Di Negara Jiran: Ini Perbandingan Elaun Ahli Parlimen Indonesia & MP Malaysia
Presiden Indonesia rombak kabinet
Terbaharu, Prabowo pada semalam (8 September) melakukan rombakan Kabinet melibatkan lima kementerian utama, termasuk Kementerian Kewangan serta Kementeran Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan.
Perubahan itu turut melibatkan Kementerian Perlindungan Pekerja Migran, Kementerian Koperasi serta Kementerian Belia dan Sukan.
Memetik Harian Metro, rombakan itu juga menyaksikan Ketua Dewan Komisioner Lembaga Penjamin Simpanan (LPS) Purbaya Yudhi Sadewa dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Sri Mulyani Indrawati.
Beberapa menteri ditukar baharu
Selain Mulyani, terdapat beberapa menteri yang digantikan dan kementerian baharu ditubuhkan seperti:
- Menteri Perlindungan Pekerja Migran: Mukhtarudin menggantikan Abdul Kadir Kardiang.
- Menteri Komunikasi: Ferry Juliantono menggantikan Budi Arie Setiadi.
- Kementerian Haji dan Umrah (baharu): Menteri, Mochamad Irfan Yusuf dan Timbalannya, Dahnil Anzar Simanjuntak.
Upacara angkat sumpah berlangsung di hadapan Prabowo di Istana Presiden di Jakarta Pusat dan disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen nasional serta platform media sosial rasmi.
Terdapat beberapa menteri baharu yang masih belum dinamakan dan dilantik
Dalam pada itu, Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo Hadi dalam satu kenyataan berkata Prabowo masih belum menamakan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan yang baharu selepas Budi Gunawan digugurkan dan buat sementara waktu akan melantik pegawai sementara yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Menurutnya, pengganti Menteri Belia dan Sukan iaitu Dito Ariotedjo masih belum dilantik kerana beliau kini berada di luar kota.
“Berdasarkan pelbagai input serta penilaian berterusan yang dilakukan Presiden, petang ini beliau memutuskan untuk melaksanakan perubahan dalam Kabinet Merah Putih.
“Keputusan ini diharapkan membawa kebaikan kepada bangsa, negara dan rakyat,” katanya.
Sebagai info, rumah Sri Mulyani antara yang diceroboh dan dijarah sewaktu rusuhan besar-besaran di Indonesia pada baru-baru ini.
Beliau antara Menteri Kewangan yang paling lama berkhidmat di Indonesia.
Baca Artikel Berkaitan: Dengar Nasihat Ibu, Jam Tangan Mewah Berharga RM3 Juta Milik Sahroni Dipulangkan [Video]
Source:

![[Review] Filem Bebefinn Sing-Along Movie: Into The Pinkfong World Tawar Keseronokan Buat Si Cilik!](https://cdn.newswav.com/img/topic/movie.jpeg)
![“Lebih 20 Kali!” – Wanita Bengang Dakwa Dua Lelaki Selamba Sepak Kerusi Di Dalam Panggung Wayang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Mat Saleh Jual ABC Di Sweden Bikin Ramai Kagum, Siap Guna Mesin Pengisar Ais Dari KL! [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
