Pramugari Malaysia Airlines meninggal dunia, tak sempat pulang ke tanah air

20 May 2024 • 11:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pramugari Malaysia Airlines meninggal dunia dan berita mengenai kematian kru kabin itu disahkan oleh syarikat penerbangan berkenaan.

Pramugari Malaysia Airlines meninggal dunia

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines (MH), berkata anak kapalnya yang dikenali Norzana Hanim Hamzah meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Difahamkan, Norzana juga dijadulkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini,”kata kenyataan.

image is not available

“Punca kematian belum dapat disahkan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH berkemungkinan dia jatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” katanya.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kematian kru kabin berkenaan dan hasil pemerhatian di platform Facebook Norzana, terdapat beberapa rakannya telah meninggalkan ucapan takziah.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: BH Online (Fuad Nizam), Facebook Norzana Hanim Hamzah