Prasarana sekolah perlu sempurna lahir modal insan berkualiti

LocalFamily & Parenting
24 Nov 2026 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Prasarana sekolah perlu sempurna lahir modal insan berkualiti
Muhammad Nasir (kanan) menyampaikan anugerah kepada murid cemerlang. FOTO: SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Prasarana sekolah perlu sempurna lahir modal insan berkualiti
Muhammad Nasir (kiri) menyampaikan al-Quran kepada murid khatam, Luqman al-Hakim Azrafiq (tengah) sambil diiringi Nai’m (kanan). FOTO: SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Prasarana sekolah perlu sempurna lahir modal insan berkualiti
Muhammad Nasir (kanan) bergambar bersama murid dan warga SK Banggol Saman. FOTO: SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Penyediaan prasarana sekolah yang sempurna perlu diberi perhatian bagi memastikan murid mendapat persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif sekali gus membantu melahirkan modal insan berkualiti.

Penasihat Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, kemudahan pendidikan yang baik merupakan antara asas penting dalam memastikan proses pembelajaran murid berjalan dengan sempurna sejak di peringkat sekolah rendah.

Menurutnya, keadaan prasarana di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Saman, Ketereh di sini menimbulkan rasa sedih apabila kemudahan asas di sekolah itu masih belum berada pada tahap memuaskan meskipun mempunyai hampir 600 murid.

**media[3720978]**

Beliau yang juga Profesor Adjung Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata, sekolah berkenaan hanya mempunyai satu tandas lelaki dan satu tandas perempuan di sebuah bangunan sedangkan jumlah murid yang perlu menggunakan kemudahan itu adalah ramai.

“Untuk memberi pendidikan yang sempurna, kita mesti menyediakan prasarana yang baik

“Kalau kita mahu melahirkan modal insan yang hebat, ia bermula dari sekolah.

“Jika di sekolah rendah mereka tidak mempunyai prasarana mencukupi untuk menerima pendidikan terbaik, keadaan itu boleh terbawa-bawa ke peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid 2026 di SK Banggol Saman.

Turut hadir Guru Besar SK Banggol Saman, Nai’m Ibrahim.

**media[3720979]**

Datuk Muhammad Nasir berkata, persekitaran pembelajaran yang kondusif penting sebagaimana ibu bapa menyediakan kemudahan mencukupi di rumah supaya anak-anak dapat belajar dengan selesa.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan murid supaya menghargai pengorbanan guru dan ibu bapa yang memainkan peranan dalam membentuk masa depan mereka.

Katanya, guru merupakan insan istimewa kerana ilmu yang dicurahkan kepada murid menjadi antara amalan yang memberi manfaat berterusan.

“Hormati dan sayangi ibu bapa serta guru untuk keberkatan hidup selain menunaikan solat, mengaji Quran dan bersedekah.

“Ibu pula perlu memainkan peranan dan kerap mengucapkan sayang kepada anak-anak supaya mereka jadi insan yang baik melalui kasih sayang kita,” katanya.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved