Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas berumur 5 hingga 6 tahun untuk memohon kemasukan ke Prasekolah Pusat ANIS yang boleh dipohon menerusi pautan https://forms.cloud.microsoft/pages/responsepage.aspx?id=kLfodjqFM0SUd1G735YT0xrD72MWUrBIsExWVuvJmylUNzk5R0VHQ1QxNk1YWFAySzVZRTdIQ0dTRC4u&route=shorturl.
Berikut adalah maklumat dan info selanjutnya mengenai prasekolah ini.

Mengenai Prasekolah Pusat ANIS
Prasekolah Pusat ANIS merupakan inisiatif pendidikan khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Prasekolah ini khusus kepada anak istimewa kelahiran Selangor bagi kategori kurang upaya pembelajaran antaranya lewat perkembangan secara umum atau global developmental delay (GDD), sindrom Down dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang berumur 5 hingga 6 tahun tanpa sebarang yuran.
Objektif prasekolah ini diwujudkan adalah untuk:
- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid bekeperluan khas seiring dengan perkembangan murid
- Membina penanda aras kepada pengusaha-pengusaha tadika khusus di Negeri Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid bekeperluan khas.
- Membantu Ibu Bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa
Prasekolah ini telah mula beroperasi sejak 22 Nov 2022 itu dilihat sebagai penanda aras kepada pengusaha tadika khususnya di Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid berkeperluan khas.
Pelaksanaan Pendidikan
Prasekolah ini akan beroperasi seperti berikut:
| HARI | SESI | MASA |
|---|---|---|
| Isnin – Khamis | 1 | 8:30am – 12:30pm |
| 2 | 1:30pm – 5:30pm |
Setiap murid akan mengikuti kelas 4 hari seminggu dan tempoh masa bagi setiap hari ialah selama 4 jam. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.
Sepanjang di prasekolah ini, murid akan menjalani sesi Intervensi Awal di Pusat ANIS dan akan mendapat laporan lengkap prestasi semasa pada pertengahan dan penghujung tahun sesi.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke prasekolah ini adalah seperti berikut:
- Anak berumur 5-6 tahun.
- Anak telah mendapat pengesahan diagnosis:
– Autism
– Global Developmental Delay
– Down Syndrome
– ADHD - Ibu atau bapa merupakan penduduk sah ATAU pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
Kemahiran Asas Anak
Anak-anak yang bakal menyertai prasekolah ini perlulah menguasai kemahiran berikut:
- Telah menguasai latihan tandas
- Boleh mengikut arahan mudah
- Boleh berada dalam kumpulan kecil (sekurang-kurangnya 4 orang)
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila layari pautan https://forms.cloud.microsoft/pages/responsepage.aspx?id=kLfodjqFM0SUd1G735YT0xrD72MWUrBIsExWVuvJmylUNzk5R0VHQ1QxNk1YWFAySzVZRTdIQ0dTRC4u&route=shorturl.
Untuk melengkapkan pendaftaran, sila muat naik dokumen-dokumen berikut:
- Salinan IC anak
- Salinan Kad OKU anak (jika ada)
- Salinan laporan diagnosis anak
- Salinan IC ibu bapa
- Salinan sijil nikah
- Salinan slip gaji terkini
- Salinan slip semakan SPR
Kemasukan tertakluk kepada syarat kelayakan, penilaian kesediaan anak dan kekosongan tempat.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Prasekolah Pusat ANIS?Prasekolah Pusat ANIS merupakan inisiatif pendidikan khas yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Apakah jenis kanak-kanak berkeperluan khas yang layak?Kanak-kanak tersebut mestilah didiagnosis seperti:
– Autism
– Global Developmental Delay
– Down Syndrome
– ADHD
– Telah menguasai latihan tandas
– Boleh mengikut arahan mudah
– Boleh berada dalam kumpulan kecil (sekurang-kurangnya 4 orang)
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.cloud.microsoft/pages/responsepage.aspx?id=kLfodjqFM0SUd1G735YT0xrD72MWUrBIsExWVuvJmylUNzk5R0VHQ1QxNk1YWFAySzVZRTdIQ0dTRC4u&route=shorturl.
Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan untuk permohonan ini?– Salinan IC anak
– Salinan Kad OKU anak (jika ada)
– Salinan laporan diagnosis anak
– Salinan IC ibu bapa
– Salinan sijil nikah
– Salinan slip gaji terkini
– Salinan slip semakan SPR
Tidak boleh. Anak mestilah berumur 5 hingga 6 tahun.
Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.
Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Terengganu, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?Tidak boleh. Pemohon mestilah sedang menetap di Selangor sahaja.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Prasekolah Pusat ANIS, sila hubungi 011-5562 6381.


