Pratempah Monitor LG UltraGear OLED 39″ Dan 34″ Kini Dibuka – Harga Bermula RM5,999

TechnologyDigital
30 Apr 2024 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

LG Electronics (LG) memperkenalkan dua monitor gaming UltraGear OLED 39″ (39GS95QE) dan 34″ (34GS95QE) baharu di Malaysia. Barisan baharu ini menawarkan teknologi terkini dalam usaha memenuhi keperluan para gamers. Seterusnya bantu menyediakan mereka pilihan produk yang lebih baik.

image is not available

Seperti namanya barisan baharu monitor ini mempunyai pilihan paparan bersaiz 39″ dan 34″. Ia menggunakan skrin OLED melengkung (800R) dengan resolusi WQHD (3440 x 1440), kecerahan puncak 1300nits dan kadar segar semula 240Hz. Kemudiannya diikuti dengan piawaian 98.5% bersama beberapa teknologi-teknologi paparan lain seperti NVIDIA G-SYNC, AMD FreeSync Premium dan Mikro Lens Array untuk kualiti skrin lebih baik. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 X port HDMI 2.1, 1 X DisplayPort 1.4 dan 4 X USB 3.0.

image is not available

Bagi yang berminat, sesi pratempah telah dibuka sekarang hingga 19 Mei 2024 dengan harga bermula RM5,999 (34GS95QE) dan RM6,999 (39GS95QE) sebuah. Ketersediaannya melalui kedai atas talian rasmi LG Malaysia di Lazada.