Pratempah Realme GT3 240W Kini Dibuka Dengan Deposit Bermula RM30

TechnologyDigital
12 Dec 2023 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pratempah untuk peranti Realme GT 240W kini dibuka di Malaysia selepas disahkan tiba di Malaysia pada minggu hadapan. Ia boleh dibuat dengan hanya meletakkan deposit serendah RM30 yang disertakan Realme TechLife Air Purifier Pro (bernilai RM799) secara percuma.

image is not available

Dengan deposit RM50 pula disertakan hadiah percuma bernilai RM928 yang termasuk kotak hadiah istimewa, Realme Buds T100 Earbuds dan realme TechLife Air Purifier Pro. Sekiranya anda berminat melakukan pratempahan, sila kunjungi kedai Realme Malaysia berdekatan bermula hari ini. Harga jualan rasmi bagaimanapun masih lagi dirahsiakan pada waktu ini.

Dalam perkongsian yang sama Realme turut menyatakan akan membuka kedai mercu baharu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023. Pelbagai tawaran dan aktiviti menarik disediakan buat pengunjung bertuah termasuk program cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan RM15,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved