Pratempahan Grand Theft Auto VI Dibuka 25 Jun – Rekaan Grafik Kotak Diperlihatkan

EntertainmentGaming
18 Jun 2026 • 10:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas beberapa kali pelancarannya ditangguh, Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan akhirnya dilancarkan di konsol pada  19 November 2026. Dengan pelancaran tinggal lima bulan sahaja lagi, Rockstar Games memperlihatkan rekaan grafik kotak permainan rasmi yang akan digunakan sebentar tadi.

Image from: Pratempahan Grand Theft Auto VI Dibuka 25 Jun – Rekaan Grafik Kotak Diperlihatkan

Seperti rekaan grafik kotak yang digunakan sejak GTA III, rekaan grid yang memaparkan watak utama serta aktiviti yang boleh dilakukan pemain di dalam Vice City. Jason dan Lucia dapat dilihat di tengah-tengah bersama dengan beberapa lagi watak yang tidak dikenali.

Dengan grafik kota permainan diperlihatkan, Rockstar Games turut mengumumkan GTA VI boleh dipratempah untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series S/X bermula 25 Jun depan. Tarikh bila ia akan ditawarkan pula ke PC belum lagi diumumkan oleh Rockstar Games.