Sony Alpha 7R V telah dilancarkan sebelum ini dengan kebolehan rakaman mencapai 8K dan sistem Eye AF kecerdasan buatan. Dalam masa sama, ia juga dilengkapi sensor 61-MP dari keluarga Exmor R CMOS yang dipadankan dengan cip pemproses Bionz X. Di Malaysia, ia dijual dengan harga RM18,099 sebuah untuk tubuh sahaja.

Bagi yang berminat, Sony Malaysia memaklumkan sesi pratempahan untuk untuk kamera Alpha 7R V telah dibuka bermula hari ini sehingga 4 Disember 2022. Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM961 yang terdiri dengan kad SD dan pek bateri. Bukan itu sahaja, rebat segera bernilai RM200 turut diberikan untuk promosi pembelian atas pembelian dengan lensa G-master.

