Predator Orion 3000 & Nitro 50, desktop berspesifikasi flagship pada harga bermula RM3,449

Digital
30 Jun 2022 • 4:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama-sama dengan laptop Nitro 5 dan Predator Helios 300, Acer turut mengumumkan kemas kini barisan desktop mereka. Siri Nitro & Predator Orion 3000 adalah dua entri yang menerima naik taraf ke komponen yang lebih segar untuk mendepani tahun 2022.

Harga Nitro 50 & Predator Orion 3000 di Malaysia

Kesemua desktop yang diumumkan kini mendukung CPU Intel Core generasi ke-12. Tak seperti laptop, tiada satu pun antara mereka yang dilengkapi DDR5 dan storan PCIe4. Jadi, naik taraf pada produk desktop Acer agak kurang menyengat berbanding laptop.

image is not available
Acer Nitro 50

image is not available
Acer Predator Orion 3000

Berikut adalah senarai harga Nitro 50 (2022):

  • Acer Nitro 50 N50-640-12400W11D RM3,599
  • Acer Nitro 50 N50-640-12400W11D RM3,999
  • Acer Nitro 50 N50-640-12700W11D RM4,999

Berikut adalah senarai harga Predator Orion 3000 (2022):

  • Acer Predator Orion 3000 P03-12700W11D RM6,499
  • Acer Predator Orion 3000 P03-12400W11D RM7,599

Anda boleh dapatkan Nitror 50 dan Predator Orion 3000 melalui gedung dalam talian mereka, pengedar sah diseluruh negara, ataupun berkunjung ke jerayawara yang berlangsung sehingga 3 Julai 2022 di Sunway Pyramid. Seperti biasa, ada beberapa promo sedang berjalan. Salah satunya adalah, sehingga 3 Julai 2022 ini, Nitror 50 dan Predator Orion 3000 dijual pada harga promo. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

image is not available

Anda juga boleh menebus ganjaran mengikut Tier. Yang paling lumayan, anda beroleh kredit TnG eWallet bernilai RM250 atau kad pemberian Netflix bernilai RM255 atau Acer Gateway Pro Wireless Headset bernilai RM239 atau kredit Steam Wallet bernilai RM250.

image is not available

Spesifikasi Acer Nitro 50

Buat gamers dengan bajet terhad, desktop Acer Nitro 50 sediakan platform untuk ada bergaming tanpa koyak poket. Pada harga serendah RM3,599, anda akan beroleh desktop yang dikuasakan cip Intel Core i5 generasi ke-12.

image is not available

Bersama-sama dengan CPU itu adalah GPU GTX 1660 Super yang mengandungi 6GB GDDR6 untuk jalankan permainan kegemaran anda. Segala data disimpan dalam sotran seluas 512GB daripada jenis SSD.

image is not available

Sebanyak 4 slot DIMM sediakan yang satu daripadanya sudah diisi dengan modeul 8GB DDR4. Ia mampu menampung sebanayk 4 kad 16GB sekali gus seandainya anda ingin menaik taraf sistem pada masa yang akan datang.

image is not available

Paling menarik, sekurang-kurangnya buat saya, adalah desktop ini ada pengecas tanpa wayar untuk telefon anda. Di bahagian atas desktop, ada satu permukaan rata tempat anda boleh letakkan telefon.

image is not available

Acer Nitro 50 dilindungi jaminan on-site selama 3 tahun lamanya. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Acer Predator Orion 3000

Kalau anda perlukan sesuatu yang lebih berkuasa, malah besar daripada segi fizikaliti, Acer ada Predator Orion 3000 yang dipakejkan dalam casing jenis medium tower. Makanya, anda punya lebih banyak ruang untuk aksesori tambahan.

image is not available

Ada dua SKU disediakan untuk pengguna. Yang paling tinggi spesifikasinya diperkasa Intel Core i7-12700F beserta RAM DDR4 16GB. Ia masih ada 3 baki slot DIMM sekiranya anda ingin letakkan lagi modul 16GB setiap satu pada masa yang akan datang.

image is not available

Bagi menampung beban sewaktu bergaming, desktop ini memanfaatkan kad grafik RTX 3070 yang padaya ada GDDR6 sebanyak 8GB.

image is not available

Acer membekalkan storan SSD seluas 1TB pada desktop ini. Untuk lebih fleksibiliti, terdapat lagi slot M.2 untuk tujuan peluasan ruang penyimpanan beserta 2 SATA3 untuk lebih banyak storan dimasukkan.

image is not available

Sistem penyejukan adalah antara komponen penting dalah sesuatu produk gaming. Pada Orion 3000, ia dilengkapi kipas Predator FrostBlade 2.0 untuk mengekalkan suhu pada paras optimum.

Acer Predator Orion 3000 dilindungi jaminan on-site selama 3 tahun lamanya. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.