Premier Sarawak Dijemput Berucap Di Persidangan Tenaga Terbesar Dunia ADIPEC Di Abu Dhabi

3 Nov 2024 • 5:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Abang Jo dijemput untuk berucap di ADIPEC Abu Dhabi

Premier Sarawak Dijemput Berucap Di Persidangan Tenaga Terbesar Dunia ADIPEC Di Abu Dhabi. Selepas kunjungannya ke Singapura baru-baru ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi mengharumkan nama Sarawak di persada antarabangsa apabila beliau diundang untuk memberi ucapan pada Persidangan ADIPEC (Abu Dhabi International Petroleum Exhibition and Conference) di Abu Dhabi, UAE tidak lama lagi.

ADIPEC merupakan salah satu persidangan tenaga terbesar di dunia, dihadiri pemimpin-pemimpin utama industri dan wakil-wakil negara dari seluruh dunia.

image is not available
Premier Sarawak Dijemput Berucap Di Persidangan Tenaga Terbesar Dunia ADIPEC Di Abu Dhabi

Menampilkan bendera negeri Sarawak sebagai identiti

Apa yang menarik, poster rasmi persidangan ini menampilkan bendera negeri Sarawak sebagai identiti Tan Sri Abang Johari, bukan Jalur Gemilang. Hal ini mendapat perhatian ramai, dengan ramai rakyat Sarawak berbangga melihat negeri mereka diiktiraf dalam acara bertaraf antarabangsa.

image is not available

Inovasi teknologi hidrogen

Kejayaan ini bukan sahaja menaikkan nama Sarawak tetapi juga menunjukkan sumbangan dan potensi negeri ini dalam sektor tenaga, terutamanya dalam usaha pembangunan lestari dan inovasi teknologi hidrogen yang dipelopori Abang Johari.

Diharapkan agar kehadiran Tan Sri Abang Johari di persidangan berprestij ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa bagi Sarawak, selaras dengan matlamatnya menjadi hab ekonomi tenaga di rantau ini.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: