Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak

4 Jul 2022 • 7:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beliau berkata demikian semasa majlis pecah tanah pembesaran Kuil Sikh di Jalan Masjid pada Sabtu.

Umum mengetahui bahawa Deepavali adalah perayaan besar untuk masyarakat India. Namun demikian, cuti Deepavali hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja.

Walau bagaimanapun, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa langkah ini akan cuba dipenuhinya tidak lama lagi.

image is not available
Premier Sarawak Pertimbang Isytihar Cuti Deepavali Sebagai Cuti Umum Di Sarawak . Kredit foto: Chimon Upon via Utusan Borneo

Ketika ucaptamanya di majlis pecah tanah pembesaran Kuil Sikh di Jalan Masjid pada Sabtu lalu, beliau akan meminta Peguam Besar Negeri untuk meneliti perkara ini meskipun mengetahui bahawa cuti umum yang diwartakan di Sarawak tiada kekosongan lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat berjanji namun akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan cuti perayaan besar masyarakat India ini ke dalam kalendar cuti di Sarawak.

Cuti umum baharu perlu pandangan para kesatuan dan majikan

Hal ini kerana ia perlu mengambil kira faktor pandangan kesatuan dan majikan kerana pengisytiharan cuti menyebabkan majikan perlu membayar upah pekerja dua kali ganda.

Premier Abang Jo juga turut menekankan tentang semangat untuk memelihara toleransi antara kaum di Sarawak. Pembesaran kuil ini adalah salah satu daripada usaha terbabit memandangkan kawasan sekitar Jalan Masjid memiliki pelbagai rumah ibadat seperti gereja, masjid dan tokong Cina.

image is not available

Penghormatan buat masyarakat Sikh di Sarawak

Selain itu, Premier juga akan meneliti permohonan untuk menaik taraf bangunan berek Punjabi di Batu Lintang yang penuh dengan sejarah dan sumbangan komuniti itu ketika zaman penjajahan.

Dalam masa yang sama, beliau juga akan mempertimbangkan cadangan komuniti Sikh agar budaya mereka dipamerkan di salah satu ruang pameran di Borneo Cultural Museum.

Tambahnya lagi, meskipun semua rumah ibadat dalam satu kawasan tetapi semua orang dapat hidup sebagai sebuah komuniti. Ia adalah sebuah kecantikan yang dimiliki di Sarawak dan perlu dipelihara oleh semua.

Ini pula adalah sumbangan masyarakat yang datang dari India dahulu kepada peradaban di Sarawak: