Premier Sarawak sangkal laporan kaitkan anaknya mahu ambil alih MYAirline

Business & Finance
12 Oct 2023 • 5:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Premier Sarawak sangkal laporan kaitkan anaknya mahu ambil alih MYAirline

johardy

12/10/2023 - 17:30

KUALA LUMPUR 12 Okt - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan laporan media baru-baru ini yang mengatakan anaknya Abang Abdillah Izzarim akan menjadi pelabur baharu MYAirline Sdn Bhd, syarikat penerbangan yang telah menggantung operasinya mulai hari ini kerana masalah kewangan.

Abang Johari berkata laporan oleh media itu mungkin disebabkan kehadiran Abang Abdillah dalam acara dialog syarikat itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tidak. Apa yang berlaku ialah anak saya pergi ke sana bersama rakannya, dan dia menghadiri sesi townhall ketika itu. Jadi mereka (media) membuat spekulasi [selepas] melihat dia di sana.

"Anak saya sekarang serba-salah. Semua [gerakannya] sedang diteliti oleh rakyat. Saya rasa ini tidak adil," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

Abang Johari turut menolak laporan mengenai kemungkinan MYAirline menjadi syarikat penerbangan milik Sarawak, sambil menegaskan kerajaan negeri masih memberi tumpuan kepada rundingan untuk memperoleh MASwings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group Bhd.

"Kami memberi tumpuan kepada [pemerolehan] MASwings. Hal itu sedang dalam rundingan sekarang, dan ia hanya mengenai butirannya. Itu sahaja," tambahnya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved