Premier Sarawak: Singapura setuju buka Pejabat Konsulat di Kuching

Politics
31 Oct 2023 • 7:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Singapura bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar).

Beliau berkata persetujuan dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura semalam.

Abang Johari menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini berkata pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.

“Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” katanya.

Sebelum itu Abang Johari mengadakan mesyuarat bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Indonesia hari ini.

Beliau berkata usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

Abang Johari yang turut menyertai delegasi berkenaan telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. -Bernama